BINTANG Gegar Vaganza 3 (GV3), Elly Mazlein yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-38 (17 Disember) semalam menerima hadiah sebentuk cincin daripada kekasihnya.

Elly yang tidak mendedahkan identiti kekasihnya itu mengucapkan terima kasih kepada pencuri hatinya itu dan menganggap itulah sambutan hari lahir yang terbaik buat dirinya.

"Tq baby," tulis Elly secara ringkas.

Kaspyen tersebut diletakkan bersama hashtag #MyBestBirthdayEver #PapaSefhiaMama #AkuTenggelamDalamLautanKasihSayangMu #TakMungkinAkanKuLepaskanIkatanIni.

Peminat juga mengambil peluang untuk sama-sama memberikan ucapan hari lahir kepada Elly di ruangan komen.

Selain itu, ruangan komen Instagram Elly juga turut dihujani dengan komen peminat yang mendoakan kebahagiaan Elly kekal hingga ke akhir hayat.

Elly yang popular dengan lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan itu pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah drama, Azmi Hatta pada November 2014.

Bagaimanapun, pasangan ini bercerai pada 15 Oktober 2015 ketika Elly hamil empat bulan.

Tq Baby ❤