Pelawak tersohor tanah air, Zizan Razak memuji penyampai berita di negara ini selepas menyedari ia bukanlah perkara yang mudah.

Zizan yang hadir ke Astro AWANI diberi kesempatan untuk menyampaikan berita dalam segmen Komuniti Awani.

Dia bagaimanapun mengakui kerja itu bukan mudah yang mungkin tidak diketahui ramai.


“Ini pertama kali saya baca berita. Rupanya ia bukan satu perkara mudah. Saya 'salute' semua pembaca-pembaca berita tak kira di mana-mana saluran pun.

"Ia memang sangat-sangat hebat, dan ia bukanlah benda yang mudah,” katanya.


Komuniti AWANI bersiaran setiap Isnin pada pukul 8.15 malam.

Kongsikan kisah anda bersama kami menerusi emel ke [email protected].