SUDAHKAH anda menonton muzik video lagu terbaharu dari kumpulan adik beradik, Jonas Brothers berjudul Sucker.

Single tersebut dikeluarkan selepas mereka mengumumkan akan kembali bersama selepas enam tahun trio itu berpisah.

Perkara yang menarik adalah, muzik video lagu tersebut juga menampilkan tunang dan isteri mereka iaitu Sophie Turner, Priyanka Chopra, serta Danielle Jonas sebagai bintang cameo.

Bukan sahaja muncul dengan lagu dan muzik video terbaharu, Boyband itu juga akan muncul dengan sebuah filem dokumentari yang akan diterbitkan oleh Amazon Studios.

BACA : Jonas Brothers bakal kembali bersatu?

Dokumentari tersebut dikhabarkan akan memaparkan kisah di sebalik tabir kumpulan ini dalam menjayakan konsert jelajah.

Buat masa ini tarikh tayangan masih belum dikeluarkan oleh pihak Amazon.

Kumpulan muzik berkenaan mengumumkan perpisahannya pada Oktober 2013 hanya beberapa hari selepas mereka membatalkan jelajah konsert serta menutup akaun di media sosial Twitter.