Tutup

Bukan setakat hebat di gelanggang, atlet Fariha Razak juga bijak akademik!

Bukan setakat hebat di gelanggang, atlet Fariha Razak juga bijak akademik!
Selain berkecimpung dalam dunia sukan, Fariha juga pernah menguak pintu industri hiburan tempatan apabila muncul dengan single berjudul Sama-Sama pada 2018. - Astro GEMPAK
ATLET Bola Jaring Kebangsaan, Fariha Razak dinobatkan sebagai penerima Anugerah Cemerlang Pingat Emas Tun Fatimah Hj Hashim pada Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia ke-63 baru-baru ini.

Fariha atau nama sebenarnya, Nurfariha Abdul Razak, 24, yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi itu turut menerima Anugerah Dekan dari Sekolah Perniagaan Antarabangsa Azman Hashim.
Pada Istiadat Konvokesyen tersebut Fariha juga dipilih sebagai wakil graduan bagi menyampaikan ucapan pada majlis tersebut.

"Tak pernah terfikir akan diberi peluang untuk bagi ucapan wakil pelajar pada majlis graduasi saya. Suara saya agak menggeletar, tetapi itulah yang saya mahu sampaikan tulus dari hati.
"Saya harap dengan menonton video ini, ia dapat membantu mana-mana individu yang melalui kesukaran untuk tidak berputus asa dan terus berusaha," tulis Fariha yang turut berkongsi video ucapannya itu di Instagram.
 

Menerusi beberapa entri di Instagram, Fariha berkongsi momen-momen istimewa sepanjang majlis graduasi.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

OKAY OKAY LAST. MAYBE


Selain berkecimpung dalam dunia sukan, Fariha juga pernah menguak pintu industri hiburan tempatan apabila muncul dengan single berjudul Sama-Sama pada 2018.

Single pertamanya itu merupakan naskhah duetnya bersama penyanyi Ryan Deedat.

Dalam perkembangan lain, Fariha tersenarai antara 12 atlet pemain bola jaring yang akan mewakili negara di Kejohanan Sukan Asia Tenggara (SEA) di Filipina bermula 30 November ini.

Untuk rekod, dua tahun lalu, Malaysia berjaya manamatkan kemarau 16 tahun selepas berjaya membawa pulang pingat emas yang diraih menerusi bola jaring pada Sukan SEA 2017.