SEHARI dua ini, kisah pelakon Fattah Amin dan buku yang dihasilkannya menjadi topik perbualan di laman sosial.

Buku berjudul '99 Kata-Kata Fattah Amin' yang mula dipasarkan sejak 11 Februari lalu itu mengundang kritikan ramai kerana isi kandungannya didakwa ramai sebagai tidak layak dibukukan.

Namun reaksi netizen tidak terhenti di situ sahaja. Seperti biasa, rakyat Malaysia mengetengahkan 'kreativiti' mereka dalam meluahkan apa yang difikirkan.

Paling popular adalah penyuntingan grafik buku berkenaan, dan diganti dengan imej lain yang agak menggelikan hati.

Mana tidaknya, wajah dan kata-kata Fattah dalam buku itu diganti dengan beberapa imej dan ayat berlainan.

Laman Facebook dengan nama 'Sultan Melaka' tidak ketinggalan menyunting imej menggunakan buku Fattah.


Antara imej suntingan yang menjadi perhatian.

Antara yang turut menjadi 'mangsa' adalah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan.




Syarikat penerbangan tambang murah terkemuka, AirAsia pula memuat naik satu status, dengan kapsyen yang hampir sama dengan salah satu kata-kata Fattah di dalam buku berkenaan.


Apa pun, ramai melihat kritikan dan meme terhadap hasil tangan terbaharu Fattah itu sebagai langkah 'pemasaran' yang baik untuk pelakon itu terus mengukuhkan nama dalam kalangan peminatnya.


Sementara itu, golongan 'pemuja' Fattah nampaknya tidak terkesan dengan kritikan yang diterima pelakon kesayangan mereka itu.

Sebaliknya, mereka percaya Fattah mempunyai aura tersendiri dan penghasilan buku itu adalah tepat pada masanya.

Mereka juga menitipkan kata-kata agar Fattah tidak cepat patah semangat dengan kritikan yang diterima.





Dalam status terbaharu yang dimuat naik ke Twitter, Fattah nyata tidak berkecil hati dengan kritikan yang diterima, dan menganggap penghasilan buku itu sebagai salah satu cara dia mencari rezeki yang halal.


#ICYMI: Fattah Amin turun padang untuk program Busking Aid