Filem terbitan Apparat Sdn. Bhd., Bunohan diangkat sebagai pemenang Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke 25. Filem arahan Dain Said Iskandar itu turut mengiktiraf karya seni pengarah itu sebagai Pengarah Terbaik. Ia merupakan kemenangan pertama kali penerbit dan pengarah filem itu di FFM.

Bunohan membawa pulang lima trofi termasuk Pelakon Lelaki Terbaik untuk pelakon Faizal Hussein, Lakon Layar Terbaik dan Cerita Asal Terbaik di malam kemuncak festival filem yang berlangsung malam tadi di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya. Di malam pembukaan festival, filem tersebut membawa pulang Penataan Seni Terbaik, Skor Muzik Asal Terbaik dan Penataan Bunyi Terbaik.

Tenaga penggerak visual kesan khas filem Life of Pi iaitu anak tempatan menerusi syarikat Rhythm & Hues pula diiktiraf menerusi Anugerah Pencapaian Khas. Di majlis Oscar yang baru lalu, filem Life of Pi itu meraih trofi Visual Kesan Khas Terbaik.

Pelakon filem Ombak Rindu, Maya Karin diangkat sebagai pemenang Pelakon Wanita Terbaik. Ia merupakan kemenangan Maya yang kedua di FFM setelah memenangi kategori sama menerusi filem Anak Halal.

Pelakon filem Songlap, Normah Damanhuri menepati ramalan ramai pihak apabila muncul sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, kemenangan pertamanya di FFM setelah bergiat di layar perak sejak 30 tahun lalu.

Menerusi filem Songlap, sekali lagi pelakon Syafie Naswip menggondol trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik. Sebelum ini Syafie pernah memenanginya menerusi filem Talentime.

Filem arahan Effende Mazlan dan Fariza Azlina Ishak itu turut membawa pulang trofi Sinematografi Terbaik dan Penyunting Terbaik.

Filem terbitan KRU Studios iaitu 29 Februari tidak pulang dengan tangan kosong apabila membawa pulang kemenangan buat pelakon Izzue Islam dan Jojo Goh menerusi kategori Pelakon Harapan Lelaki dan Wanita.

Pelakon veteran tanahair, Datuk Aziz Satar dan Seniwati Mariani membawa pulang trofi Anugerah Artis Sepanjang Zaman. Anugerah Khas Penggiat TV India dinugerahkan kepada pelakon filem Mat Gelap, Mano Maniam. Anugerah Khas Penggiat TV Cina pula dianugerahkan kepada Lai Meng, pelakon drama Empat Sekawan dan Anugerah Khas Juri untuk filem Tamil diberikan kepada filem Vajram.

Turut diumumkan adalah Filem Bukan Bahasa Melayu Terbaik kepada filem Petaling Street Warriors dan Filem Box-Office kepada filem Ombak Rindu.

Keputusan Penuh FFM25:

Filem Terbaik
1. Bunohan (Apparat Films) (Pemenang)
2. Songlap (Grand Brilliance & Red Films)
3. Ombak Rindu (Astro Shaw Sdn. Bhd/Taratella Pictures)
4. SAM (Skop Production Sdn. Bhd.)
5. 29 Februari (KRU Studios Sdn. Bhd.)

Filem Bukan Bahasa Melayu Terbaik
1. Seefood (Silver Ant Sdn. Bhd.)
2. Kepong Gangster (Mahu Pictures Sdn. Bhd.)
3. Ah Beng The Movie (The Film Engine Sdn. Bhd.)
4. Petaling Street Warriors (Juita Entertainment Sdn. Bhd.) (Pemenang)
5. Ghost Buddies (Double Vision Sdn. Bhd.)

Pengarah Terbaik
1. Dain Said (Bunohan) (Pemenang)
2. Effende Mazlan / Fariza Azlina Ishak (Songlap)
3. Syafiq Yusof (S.A.M.)
4. Osman Ali (Ombak Rindu)
5. Saw Teong Hin (Hoore! Hoore!)

Pelakon Lelaki Terbaik
1. Faizal Hussein (Bunohan) (Pemenang)
2. Pekin Ibrahim (Bunohan)
3. Zahiril Adzim (Bunohan)
4. Shaheizy Sam (S.A.M.)
5. Shaheizy Sam (Songlap)

Pelakon Wanita Terbaik
1. Maya Karin (Ombak Rindu) (Pemenang)
2. Sara Ali (Songlap)
3. Vanidah Imran (Untuk Tiga Hari)
4. Nadiya Nisaa’ (Jiwa Taiko)
5. Farah Nazirah (Hoore Hoore)

Sinematografi Terbaik
1. Haris Hue Abdullah (Songlap) (Pemenang)
2. Khalid Zakaria (Ombak Rindu)
3. Mohd Noor Mohd Kassim (Hoore Hoore)
4. Mohd Helmi Mohd Yusof (Misteri Jalan Lama)
5. Mohd Noor Mohd Kassim (29 Februari)

Lakon Layar Terbaik
1. Fariza Azlina Ishak (Songlap)
2. Dain Said (Bunohan) (Pemenang)
3. Afdlin Shauki (Untuk Tiga Hari)
4. Edry Abdul Halim (29 Februari)
5. Goh Aun Hoe (Seefood)

Cerita Asal Terbaik
1. Dain Said (Bunohan) (Pemenang)
2. Fariza Azlina Ishak (Songlap)
3. Namawee, Fred Chong & Vivi Wee (Hantu Gangster)
4. Loh Chung Tat (8 Jam)
5. Afdlin Shauki (Misteri Jalan Lama)

Penyunting Terbaik
1. Muhamad Hafizan Abd Malek (29 Februari)
2. Wong Hui Lynn (Songlap) (Pemenang)
3. AddAudio Ex Sdn. Bhd. (Hoore Hoore)
4. Syafiq Yusof (SAM)
5. Ezarisyir Wan Basri (Hantu Kapcai)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
1. Amerul Affendi (Bunohan)
2. Husyairi Hussain (Bunohan)
3. Bront Palarae (Jiwa Taiko)
4. Syafie Naswip (Songlap) (Pemenang)
5. Omar Abdullah (Songlap)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
1. Normah Damanhuri (Songlap) (Pemenang)
2. Lisa Surihani (Ombak Rindu)
3. Fauziah Nawi (Hoore Hoore)
4. Nabila Huda (Jalan Kembali)
5. Lana Nordin (Chow Kit)

Pelakon Harapan Lelaki
1. Izzue Islam (29 Februari) (Pemenang)
2. Akim Ahmad (Hoore Hoore)
3. Hazami Azmi (Apa Celop Toqq)
4. Shahrizal Jaszle (Azura)
5. Iedil Putra (Ngorat)

Pelakon Harapan Wanita
1. Farah Nazirah (Hoore Hoore)
2. Jojo Goh (29 Februari) (Pemenang)
3. Neelofa (Azura)
4. Mon Ryanti (Keramat)
5. Shima Anuar (Sumpahan Keramat)

Anugerah Pencapaian Khas
Rhythm & Hues, visual kesan khas untuk filem Life of Pi

Anugerah Artis Sepanjang Zaman Lelaki
Datuk Aziz Satar

Anugerah Artis Sepanjang Zaman Wanita
Seniwati Mariani

Anugerah Khas Penggiat TV India
Mano Maniam

Anugerah Khas Penggiat TV Cina
Lai Meng

Anugerah Khas Juri Filem Tamil
Vajram

Anugerah Pembela Seni & Budaya Malaysia
Datuk Seri Utama Rais Yatim

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Cipta:

Filem Pendek Terbaik
1. Strangers (Reservoir Production Sdn. Bhd.)
2. Guang (Reservoir Production Sdn. Bhd.)
3. Sanzaru (Reservoir Production Sdn. Bhd.) (Pemenang)
4. Pasport Ekspres (Red Films)
5. Leman (Ahmad Hafiz Abd Rashid)

Filem Animasi Terbaik
1. The Best Recipe (The One Academy)
2. Tooth (The One Academy)
3. Fruitema-Kepala Tua & Lampu Ajaib (Elite Animation SB)
4. Ninja VS Pirate (The One Academy) (Pemenang)
5. Toi-Toi (The One Academy)

Pengarah Harapan
1. Syafiq Yusof (SAM) (Pemenang)
2. Ghaz Abu Bakar (Hantu Kapcai)
3. Nizam Zakaria (Cinta Kura-Kura)
4. Goh Aun Hoe (Seefood)
5. Teng Bee (Kepong Gangster)

Penataan Seni Terbaik
1. Dain Said (Bunohan) (Pemenang)
2. Angie Choo (Songlap)
3. Mazalan Zulkifli (29 Februari)
4. Silver Ant Sdn. Bhd. (Seefood)
5. Nazrul Asraff Mahzan (Misteri Jalan Lama)

Penataan Bunyi Terbaik
1. Megat Sazali Rohimi (29 Februari)
2. Raja Ahmad Shahidaly (Bunohan) (Pemenang)
3. Daniel Tang (Hoore Hoore)
4. Zolkefli Mat Tahir (Songlap)
5. Megat Sazali Rohimi (Hantu Kapcai)

Lagu Tema Terbaik
1. Jagalah Diri / Edry Abdul Halim (29 Februari)
2. Idola / Audi Mok/Norazlan Rose (Hoore Hoore)
3. Ombak Rindu / Nurzaidi Abdul Rahman (Ombak Rindu) (Pemenang)
4. We Are Gangster / Namawee, Reshmonu, Ashtaka & 5Forty2 (Hantu Gangster)
5. Pencinta Terbaik / Edry Abdul Halim (Cinta Kura Kura)
6. 7 Petala Cinta / Dakmie (7 Petala Cinta)

Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
1. Muhammad Izzam Shafiq (Chow Kit)
2. Nadzirah Rosi (Chow Kit)
3. Tee Jing Chen (Hantu Gangster) (Pemenang)
4. Muhammad Naim Daniel Baharin (29 Februari)
5. Afiq Izzudin (Alamak Toyol)

Pereka Kostum/Busana Terbaik
1. Nasirah Ramlan (Misteri Jalan Lama)
2. Hasnan Yaacob (29 Februari) (Pemenang)
3. Muhammad Sharelzahadi Koh (Songlap)
4. Mohammad Afizal Mohamed Aris (Chow Kit)
5. Sarah Lee Ann (Hantu Gangster)

Poster Terbaik
1. 8 Jam (MIG Pictures Sdn. Bhd)
2. Seefood (Silver Ant Sdn. Bhd.) (Pemenang)
3. Cinta Kura Kura (KRU Studios Sdn. Bhd.)
4. Bunohan (Apparat Films)
5. Hantu Air (Multimedia Ent. Sdn. Bhd.)

Skor Muzik Asal Terbaik
1. Mendiang Tan Yan Wei (Bunohan) (Pemenang)
2. Khairil Ridzuan Annuar (Loque) (Songlap)
3. Edry Abdul Halim (29 Februari)
4. Audi Mok (Hoore Hoore)
5. Dr. Syed Ahmad Faizal Al-Attas (Misteri Jalan Lama)

Anugerah Penggiat Belakang Tabir
Lim Pew Wah