PENASIHAT Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Kamil Othman menyokong cadangan penubuhan Majlis Seni Negara bertujuan membantu hala tuju penggiat seni tempatan.
Ujarnya, cadangan tersebut bukan hanya suatu yang positif disambut kedua pihak sama ada penggiat seni mahupun kerajaan Pakatan Harapan tetapi membentuk ekosistem bidang seni yang lebih fokus dan teratur.
Beliau yang juga bekas Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) berpandangan kewujudan badan baru ini juga dapat memperkemaskan fungsi FINAS dalam membantu penggiat seni filem khususnya.
“Filem boleh digubal menerusi Akta FINAS sedia ada tapi peranan Majlis Seni Negara sebenarnya lebih kepada bidang seni selain filem seperti muzik dan teater,” katanya kepada Astro Gempak.
Tambahnya, bidang seni dan filem mempunyai ciri-ciri persamaan yang boleh diletakkan di bawah satu entiti baru iaitu di bawah Majlis Seni Negara.
“Filem sudah mempunyai FINAS tapi muzik dan teater tiada. Jadi ia boleh digabungkan di bawah Majlis Seni Negara ini,” katanya.
Dalam usaha memajukan industri perfileman tempatan dan seni secara keseluruhan, beliau menyokong penubuhan Majlis Seni Negara ini yang dilihat menjadi dasar baru kerajaan terhadap usaha membantu penggiat seni tanah air.
Perkara ini dicadangkan dalam satu perjumpaan beberapa individu berpengaruh dan berpengalaman dalam bidang seni termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza turut serta bertemu anggota Majlis Penasihat Kerajaan baru-baru ini.
Gempak
Thu Jun 21 2018
Siti Nurhaliza menemui Majlis Penasihat Kerajaan di Menara Ilham pada 7 Jun, 2018 lalu. Foto Twitter @sharifahamani
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
MYIPO sedia jaringan perlindungan, ayuh daftar sekarang
Tahap kesedaran masyarakat terutama komuniti industri perniagaan tempatan dalam mendaftar harta intelek masih rendah. Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kamal Kormin, pendaftaran dibuat melalui perbadanan ini membolehkan syarikat serta pemilik entiti perniagaan mendapat jaringan keselamatan terutama dari segi perlindungan hak cipta serta pelbagai faedah lain.
Anugerah Media Digital Asia 2024 iktiraf agensi berita gunakan strategi media digital
Ia menerima 136 penyertaan tahun ini daripada pelbagai agensi berita serta media di rantau Asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia.
Lapan mangsa tragedi selamat dikebumikan
Kesedihan ahli keluarga dan waris mengiringi perjalanan terakhir mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak di beberapa lokasi pengebumian di seluruh negara pada malam Rabu.
JKM bantu kaunseling keluarga mangsa nahas helikopter Lumut
Salbiah berkata pihak JKM telah melawat tiga keluarga mangsa dari Perak iaitu di Selama, Lekir dan Sitiawan.
Freedom Flotilla to Gaza: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
Isu royalti filem dalam tindakan KKMM - Annuar
Ada kalangan pencipta karya tidak memperoleh royalti daripada hasil kerja mereka kerana sebahagian daripada hak telah dijual,
Cadangan penubuhan Majlis Seni Negara jadi dasar baru kerajaan bantu ramai penggiat seni tempatan
Cadangan tersebut bukan hanya suatu yang positif disambut kedua pihak sama ada penggiat seni mahupun kerajaan Pakatan Harapan tetapi membentuk ekosistem bidang seni yang lebih fokus dan teratur.