Chan (A.C.E) cedera dalam kemalangan

Chan (A.C.E) cedera dalam kemalangan
Anggota kumpulan A.C.E., Chan dilaporkan terlibat dalam kemalangan jalan raya baru-baru ini. -Gempak
ANGGOTA kumpulan A.C.E., Chan dilaporkan terlibat dalam kemalangan jalan raya baru-baru ini.

Ketika kemalangan berlaku, Chan sedang dalam perjalanan pulang ke Seoul selepas memenuhi jadual kerjanya.
Menurut syarikat pengurusan Beat Interactive, mereka memberitahu kejadian itu berlaku ketika Chan duduk di kerusi penumpang bahagian depan kereta namun dia tidak mengalami kecederaan serius.

"Chan duduk bersebelahan dengan pemandu dan ketika kejadian terjadi, kereta dinaiki mereka tiba-tiba hilang kawalan.

"Chan tidak mengalami kecederaan serius, dia hanya mengalami kecederaan ringan pada lutut dan dahi sahaja," ujar wakil syarikat itu.

Agensi Beat Interactive turut memohon maaf kepada peminat kerana menimbulkan kebimbangan dan berjanji bakal melakukan yang terbaik untuk pemulihan Chan.


Teks: Noor Zulaikha Yusof
Sumber: Soompi