BEKAS bintang siri ‘Two and a Half Men’ Charlie Sheen telah dituduh meliwat pelakon Corey Haim di set penggambaran filem Lucas ketika Haim masih dibawah umur.

Portal Daily Mail yang memetik National Enquirer sebagai sumber berkata Haim telah berkongsi kejadian itu kepada beberapa orang rakannya sebelum dia meninggal dunia pada tahun 2010.

Ketika kejadian didakwa berlaku, Haim berusia 13 tahun dan Sheen berusia 19.

Antara aktor yang tahu tentang kejadian itu adalah Dominick Brascia.

“Haim memberitahu saya bahawa beliau dan Sheen melakukan seks ketika di set penggambaran filem Lucas.

“Mereka menghisap ganja dan melakukan seks. Haim berkata selepas kejadian itu, Sheen tidak mengendahkan beliau dan menolaknya,” katanya.

Dalam perkembangan terkini, Charlie Sheen menjawab tuduhan itu menerusi satu kenyataan di laman portal The Hollywood Reporter.

“Charlie Sheen manafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut,” tulis kenyatan ringkas itu oleh seorang jurucakap pelakon itu.