BOLEHKAH anda terima pelakon lain sebagai Captain America selain Chris Evans? Suka atau tidak itu hampir pasti berlaku.

Pelakon kacak itu sudah beri bayangan akan melepaskan watak itu selepas Avengers 4 dalam temubualnya bersama The New York Times.

“Kamu perlu keluar sebelum anda dipaksa keluar” kata Evans.

Kenyataan Evans ini menguatkan lagi spekulasi beberapa watak utama akan dimatikan.

Pelakon berusia 36 tahun ini amat sinonim dengan watak adiwira Marvel itu sejak Captain America: The First Avenger pada 2011.

Dia akan kembali ke set penggambaran bagi penggambaran semula beberapa adegan Avengers 4 dan itu dijangkakan kali terakhir Evans akan bersama pasukan Marvel Cinematic Universe (MCU).

Sekuel filem Avengers: Infinity War itu dijadual ditayangkan pada May 2019.

Selain rantaian Avengers, Evans telah membintangi trilogi filem Captain America, yang terakhir Captain America: Civil War ditayangkan pada 2016.

Selain Captain America, Evans juga pernah membintangi filem Fantastic Four pada 2005 dengan memegang watak sebagai Human Torch.