PENYANYI antarabangsa, Ciara menamatkan zaman bujangnya dengan pemain NFL, Russell Wilson pada Rabu.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada Mac selepas menjalinkan hubungan sejak April 2015.

Jurucakap Ciara mengesahkan, majlis perkahwinan itu berlangsung di the Peckforton Castle di Cheshire, England.

Ciara kelihatan anggun mengenakan gaun berwarna putih rekaan pereka fesyen, Roberto Cavalli.

We are The Wilsons!

A photo posted by Ciara (@ciara) on


Kedua-dua mereka kemudian berkongsi gambar perkahwinan mereka di akaun sosial masing-masing.

Susulan itu, peminat masing-masing turut mengambil kesempatan untuk menyampaikan ucapan tahniah kepada pasangan tersebut.