BINTANG Gegar Vaganza musim kelima (GV5), Amelina akui rindu menyanyi lagu dangdut.

Kata Amelina, perasaan rindu hadir selepas dua bulan tidak mendengar irama lagu itu selain sibuk menjalani latihan dan persiapan sepanjang memasuki GV5.

Amelina berkongsi luahan hatinya dengan memuat naik video ‘throwback’ lagu dangdut nyanyiannya berjudul Rindu di akaun Instagramnya hari ini.



“Sejenis penyakit “rindu dangdut” tiba-tiba datang menyerang Kaklong ni! Aduhhhh lama sangat dah Kaklong tak berdangdut.

“Lama dah Kaklong tak bergelek langsung. Tiba-tiba dah tinggal beberapa hari nak final, Kaklong sebak pulak rindukan ‘identiti’ Kaklong.

“Maklumlah dah dua bulan Kaklong langsung tak dengar dangdut, jauhkan sebab nak pastikan lidah tak ‘terdangdut’.



“Hari-hari duduk practice lagu lain yang jauh sangat dari jiwa Kaklong. Harap-harap lepas ni taklah lain sangat bunyi dangdut Kaklong kalau show!

“Korang rindu tak dangdut Kaklong?! Kalau betul rindu, jom layan lagu #Rindu Kaklong ni khas untuk korang dan diri sendiri yang tengah meracau nak menghadam muzik rap!” tulisnya.

S L I D E T O T H E L E F T