PELAKON Remy Ishak tidak menolak kenyataan setiap orang bujang mengimpikan untuk berkahwin, begitu juga dengan dirinya.

Remy berkata dia belum bersedia untuk bercakap atau memikirkan soal jodoh lagi buat masa sekarang.

“Rasanya semua orang bujang pun merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat bila jodoh dah sampai…betul tak?

“Tapi kita hanya merancang, dah benda belum ada sekarang, jadi saya tunggu sahajalah,” katanya.

Tambah Remy lagi, dia masih lagi berusaha untuk melengkapkan hidup bergelar seorang suami suatu hari nanti.

“Saya sentiasa berusaha untuk pergi ke ‘next level’ tapi, belum ada rezeki lagi buat masa ini. Saya tidak mahu berharap sangat kerana ia boleh membuatkan saya menjadi seorang yang pemarah.

“Ya la, bila benda tak jadi kita akan berfikir dalam keadaan emosi yang tidak stabil atau ‘full of anger’, itu kan tidak bagus?

“Jadi saya hanya berserah kerana pernah merancang beberapa kali dan tidak jadi sebelum ini. Percayalah pada takdir Allah SWT bahawa jodoh dan ajal itu sudah disusun,” katanya ketika ditemui HLive! baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Remy kini sedang sibuk dengan rangka promosi filem Sangkar, arahan pengarah popular Khabir Bhatia.

BACA: "Pada yang ingin melawat boleh datang..." - Remy Ishak kena belasah?

Filem yang menampilkan empat penerbit gergasi iaitu Primeworks Studios dan Astro Shaw bersama syarikat produksi Infinitus Gold dan mm2 Entertainment sudah mula menemui penonton bermula 29 Ogos (hari ini).

Remy bergandingan dengan seorang lagi pelakon tersohor negara, Zul Ariffin.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).