Pengambaran filem terbaharu James Bond, Bond 25 terpaksa ditangguhkan apabila pelakon utama filem itu, Daniel Craig dikhabarkan mengalami kecederaan.

Pelakon yang terkenal dengan watak perisik 007 itu dikatakan terjatuh ketika sedang berlari dalam satu aksi lagak ngeri di set filem tersebut di Jamaica.

Craig dikatakan telah diterbangkan semula ke Amerika Syarikat bagi melakukan ujian X-ray dan perkara tersebut telah mengganggu pengambaran filem tersebut

Menurut sumber, Craig tergelincir dan terjatuh ketika melakonkan babak terakhirnya di Jamaica dan dia mengadu tentang kesakitannya di bahagian pergelangan kaki.

Tempoh penangguhan filem itu masih lagi belum diketahui dan akhbar tempatan memberitahu bahawa penggambaran di studio Pinewood London yang dijadualkan pada hujung minggu ini telah dibatalkan.

Ini bukan kali pertama Craig tercedera dalam melakukan yang melakukan aksi lagak ngerinya sendiri.

Dia pernah kehilangan dua batang giginya ketika melakonkan watak perisik itu dalam filem debut Bond iaitu “Casino Royale”, terhiris di hujung jari dan otot bahunya terkoyak di set “Quantum of Solace” serta cedera dibahagian lutut semasa adegan pertarungan dalam filem “Spectre”.