Pemegang watak James Bond, Daniel Craig berharap Adele boleh terus menyanyikan lagu tema untuk francais filem tersebut.

Ia berikutkan kejayaan lagu "Skyfall" yang ditulis dan dinyanyikan Adele.

Craig berharap Adele diberi peluang pada masa akan datang kerana hasil kerjanya memberikan suntikan semangat kepada keseluruhan produksi.

Penyanyi berusia 24 tahun itu tidak aktif sepanjang tahun 2012 kerana hamil tetapi telah meluangkan masa untuk merakamkan lagu "Skyfall".

Jika menjadi realiti Adele akan mengulangi rekod penyanyi Shirley Bassey yang pernah menyampaikan lagu tema "James Bond" sebanyak dua kali.

Selain mahukan khidmat Adele, Craig juga berharap pihak studio penerbit, MGM menggunakan khidmat Sam Mendes sebagai pengarah sekali lagi.

"Skyfall" merupakan filem pertama daripada francais "James Bond" yang berjaya mencecah kutipan melebihi 1 bilion dolar.