KUALA LUMPUR:Penyanyi veteran, Datuk M. Daud Kilau kini dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan di Hospital Teluk Intan, disebabkan mengalami sesak nafas pada petang Khamis.

Isterinya, Datin Rohani Awang Ngah ketika dihubungi malam ini, memaklumkan penyanyi berusia 83 tahun itu bagaimanapun berada keadaan lemah.

"Datuk baik-baik sahaja, cuma dia tengah lemah sedikit.

"Doktor minta untuk berehat dalam wad untuk beberapa hari bagi tujuan pemantauan," katanya kepada Astro AWANI.

BACA : Penyanyi M. Daud Kilau dikejarkan ke hospital selepas alami sesak nafas

Beliau dimasukkan ke hospital pada pukul 3.15 petang Khamis selepas mengadu sesak nafas sejak malam Rabu.

Sebelum ini, penyanyi itu yang sinonim dengan lagu 'Cek Mek Molek' dan 'Gila Judi' dilaporkan pernah dimasukkan ke hospital beberapa kali akibat masalah kesihatan yang dialaminya.