Datuk A. Rahman Hassan meninggal dunia

Datuk A. Rahman Hassan meninggal dunia
Allahyarham meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan lemah jantung.
AMPANG: Seniman veteran, Datuk A. Rahman Hassan telah menghembuskan nafas terakhir pada awal pagi Khamis.

Penyanyi era 1960-an itu disahkan meninggal dunia di Hospital Ampang pada jam 12.40 malam.

Menurut wakil keluarga Allahyarham, jenazah akan dikebumikan selepas Solat Zohor.
Allahyarham meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan lemah jantung.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, pelakon Datin Fadilah Mansor dan dua orang anak termasuk pelakon dan pengarah Khir Rahman.


BACA : A. Rahman Hassan kritikal, kini bergantung pada bantuan pernafasan

BACA : Pitam di stesen minyak, Khir Rahman mohon doakan A Rahman Hassan yang kini di ICU


Terdahulu, A. Rahman, 73 tahun, dikejarkan ke hospital selepas tidak sedarkan diri dan ditempatkan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang, Selangor.

Sebelum itu, pada 1 Jun lalu, penghibur veteran itu dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) jam 3.30 pagi akibat masalah jantung.



Tag: Meninggal Dunia, Datuk A Rahman Hassan, Penyanyi era 1960-an, jangkitan kuman, paru-paru, Hospital Ampang


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.