Tutup

Dedah wajah anak ketiga, Alif Satar pilih nama Muhammad 'Ali

Dedah wajah anak ketiga, Alif Satar pilih nama Muhammad 'Ali
Nama putera sulungnya itu dikongsi Alif menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya hari ini. - Foto Instagram
PENYANYI dan hos Big Stage, Alif Satar bersama isterinya, Shadila Halid memilih nama Muhammad ‘Ali untuk cahaya mata ketiga mereka.

Nama putera sulungnya itu dikongsi Alif menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya hari ini.

Selain nama, entri tersebut juga turut disertakan dengan foto comel ‘Ali.

“Assalamualaikum, Muhammad ‘Ali… Terima kasih pada semua yang mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga, setiap doa anda sangat bermakna bagi kami.
“I read all of your comments and I pray that Allah S.W.T grant all of your doa’s for all of us. He had just a little trouble breathing but is now getting so much better, thanks to all the medical staff at @pantaihospitalkualalumpur. Can’t wait to take ‘Ali home in a few days! #FutureMessageForMuhammadAli,” tulisnya.


Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya memuji kecomelan anak lelakinya itu.
“Waalaikumsalam baby ‘Ali... So cute!” komen @sr.nadzirah

“Overloaded cute... Stay cool young man same as your father...” tulis @einn_salleh

Terdahulu, Alif dan Shadila telah berkahwin pada 15 September 2014.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini sudah dikurniakan dua orang puteri bernama Alisha Anugerah dan Ariana Mecca.


Tag: Alif Satar, Shadila Halid, perkahwinan, nama anak Alif Satar, Muhammad Ali, cahaya mata Alif Satar



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.