INI khas untuk anda, ARMY!

BTS tampil dengan versi alternatif muzik video 'Boy With Luv'.

Versi ini berjudul 'ARMY With Luv' dan menampilkan logo 'ARMY' dan klip berlainan daripada muzik video (MV) asal.

Perkataan 'LOVE' digantikan dengan 'ARMY' pada papan tanda yang muncul pada pertengahan MV tersebut.




Ini sekali gus membuktikan bahawa BTS mempunyai hubungan yang rapat dan menghargai fandom mereka.

Versi ini juga menampilkan lebih babak bersama penyanyi pop wanita, Halsey termasuk ‘handshake’ penuh dengan ketua kumpulan septet tersebut.

Rata-rata ARMY membanjiri laman sosial dengan meluahkan rasa terharu kerana diiktiraf oleh idol kegemaran.




BTS dan Halsey akan mempersembahkan lagu hit 'Boy With Luv' ini buat julung kalinya pada Anugerah Muzik Billboard 2019 di NBC.