Selain kemenangan besar penyanyi muda, Billie Eilish di Anugerah Grammy yang ke 62, penyanyi Demi Lovato juga berjaya menarik perhatian ramai semasa membuat persembahan di malam anugerah yang gilang gemilang itu.

Penampilan Demi Lovato kali ini dilihat sangat beremosi dengan menyanyikan single terbaharunya yang bertajuk Anyone.

Semasa memulakan rangkap pertama, Demi kelihatan berhenti seketika sebelum menyambung semula menyanyikan lagu baharunya itu.

Pada masa sama, semua penonton dan rakan artis yang hadir bersorak namanya bagi memberi semangat kepadanya untuk meneruskan persembahan.



Pada tahun 2018, selepas melancarkan single Sober dia telah dimasukkan ke hospital kerana terlebih dos dalam pengambilan dadah.

BACA : Billie Eilish lakar sejarah jadi pemenang Album Terbaik Grammy termuda

BACA : BTS, Lil Nas X 'bersatu' di pentas Grammy 2020

Sejak daripada itu, Demi banyak menghabiskan masa untuk memberi tumpuan kepada pemulihannya.

Anugerah Grammy yang berlangsung di Staples Center, Los Angeles, Amerika Syarikat pada Ahad telah dihoskan oleh penyanyi terkenal, Alicia Keys.