DID you forget about me ...? Ini merupakan petikan lirik lagu Demi Lovato berjudul Don’t forget yang pernah menjadi hit pada tahun 2008.

Petikan lagu ini mungkin bersesuaian dengan cerita Demi yang dilaporkan bersedih apabila beliau tidak dijemput ke majlis perkahwinan Nick Jonas dan Priyanka Chopra.

Sudah pasti semua mahu menyertai majlis perkahwinan yang penuh gilang gemilang yang diadakan di Taj Umaid Bhawan Palace di Jodhpur, India.

Ramai selebriti hadir ke majlis resepsi mereka namun kelibat Demi tidak kelihatan sepanjang majlis tersebut berlangsung.

Menurut majalah Us, Demi dikatakan berkecil hati kerana tidak di jemput ke majlis tersebut.

Nick Jonas dan Prinyanka Chopra telah selamat bersatu pada 1 Disember lalu

Perkahwinan gilang-gemilang itu turut dihadiri oleh selebriti terkenal termasuk Sophie Turner dari drama bersiri popular, The Game of Thrones.

Hubungan antara Demi dan adik-beradik Jonas memang dilaporkan sangat rapat sejak mereka membintangi tele filem Disney Camp Rock yang ditayangkan pada 2008 itu.

Mereka juga pernah melakukan konsert jelajah bersama pada tahun 2010.