BARU-BARU ini, tular berita mengenai penyanyi terkenal Hollywood, Demi Lovato yang dimasukkan ke hospital akibat penyalahgunaan dadah.

Terbaru, Demi menyatakan bahawa dia amat menyesali tindakannya itu kerana menurut pihak hospital, nyawanya hampir berakhir akibat pengambilan dadah yang berlebihan.

"Demi amat mencintai kehidupannya dan dia telah bersetuju untuk menjalani rawatan pemulihan, dia akui tidak menyedari keadaannya yang teruk ketika berada di hospital sehingga diberitahu oleh ahli keluarganya sendiri.

"Dia sangat menyesali tindakannya dan mengakui dia akan sentiasa meminta bantuan untuk terus bersemangat menjalani kehidupan," kata sumber.

Demi mulai aktif di industri hiburan Hollywood menerusi siri kartun Barney & Friends ketika usia kecilnya dan semakin popular selepas melancarkan album pertamanya 'Don't Forget' pada tahun 2008. - Teks : Asraf Aided