PENYANYI popular Hollywood, Jennifer Lopez dilaporkan telah melangsungkan pertunangan bersama jaguh sukan besbal, Alex Rodriguez pada 9 Mac lalu.

Memetik laporan Hollywood Life, bekas suami Jennifer iatu Marc Anthony melahirkan berasa gembira apabila mendengar berita baik itu.

"Marc is extremely happy for Jennifer, the kids love Alex and that's all that matters to him," kata sumber.

Alex melamar Jennifer ketika mereka sedang bercuti di Bahamas dan ia disifatkan sangat romantik oleh industri hiburan Hollywood.

BACA: Dengan cincin berlian sebesar 'ibu jari', Jennifer Lopez dilamar Alex Rodriguez

Pasangan ini mula mengenali antara satu sama lain sejak dua tahun lalu, buat masa ini, mereka masih belum mendedahkan tentang tarikh perkahwinan mereka kepada umum.