Tutup

Detective Conan 'singkirkan' Avengers di Jepun

Detective Conan 'singkirkan' Avengers di Jepun
Avengers: Endgame hanya bertahan di takhta carta box office selama seminggu sebelum Detective Conan mengambil alih kedudukan itu.
NAMPAKNYA kumpulan superhero Avengers tidak dapat menewaskan kelicikan dan kepintaran Detektif Conan.

Tatkala Avengers:Endgame mengungguli carta box office di seluruh dunia, namun ia hanya mampu bertahan selama seminggu di Jepun apabila terpaksa akur dengan kehebatan Detective Conan: The Fist of Blue Sapphire.
Avengers: Endgame menerajui takhta box office di negara matahari terbit itu pada minggu pertama tayangannya dengan mengutip 962 juta yen (RM36.4 juta).

Namun prestasi itu menunjukkan kejatuhan sebanyak 45 peratus pada minggu kedua, memberikan kedudukan nombor satu kepada Detective Conan.
Bagaimanapun, ini bukan kali pertama situasi ini terjadi di Jepun.

Tahun lalu, filem Detective Conan: Zero the Enforcer berjaya membuat kutipan tiket yang jauh lebih banyak daripada tayangan pembukaan Avengers Infinity War.

Tag: Avengers, Box Office, filem, Jepun, Avengers Endgame, Detective Conan The Fist of Blue Sapphire


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.