Berita  |  Hiburan

Di AS, gelaran 'girlfriend' adalah untuk rakan wanita, bukan kekasih - Fazura

Di AS, gelaran 'girlfriend' adalah untuk rakan wanita, bukan kekasih - Fazura
Pelakon Fazura menyifatkan gelaran 'girlfriend' yang diberikan seorang deejay dari Amerika Syarikat, Randy Seidman adalah perkara biasa. - Gambar Astro GEMPAK

Pelakon dan penyanyi, Fazura menyifatkan gelaran 'girlfriend' yang diberikan oleh seorang deejay dari Amerika Syarikat, Randy Seidman adalah perkara biasa.
 
Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 34, berkata gelaran 'girlfriend' tersebut merujuk kepada rakan wanita.
 
"Kalau saya di sana (Amerika Syarikat) gelaran girlfriend itu merujuk kepada rakan wanita bukan teman wanita.
 
"Manakala rakan lelaki pula mereka membahasakannya sebagai guy friend.
 
"Jadi bila Randy memanggil saya dengan gelaran girlfriend ia hanya perkara biasa," katanya kepada Astro Gempak ketika ditemui di sidang media menandatangani kontrak sebagai artis di bawah naungan Universal Music Malaysia, petang tadi.
 
Fazura diminta mengulas mengenai rakaman video berdurasi lebih 10 minit itu, Randy secara spontan mempertahankan Fazura sebagai umat Islam yang digelar sebagai 'girlfriend' selepas melihat dua lelaki memegang plakad provokasi bagi melarang kemasukan komuniti Islam ke negara itu.


 
Sementara itu, apabila diminta mengulas mengenai hubungannya dengan Randy, penyanyi lagu Sayangi Dirimu itu memberitahu mereka sudah berkawan baik sejak lima tahun lalu.
 
"Saya dan Randy memang sudah berkawan baik sejak lima tahun lalu. Saya suka berkawan dengannya kerana dia seorang yang menghormati orang lain walaupun berlainan agama dan bangsa.
 
"Apa yang boleh saya katakan, saya amat terharu dengan tindakkannya itu kerana di situ membuktikan dia punya sifat kemanusiaan dan toleransi beragama.
 
"Saya bersamanya ketika itu semasa bercuti di sana Disember lalu," katanya lagi.
 
Video yang telah ditonton sebanyak lebih 287,453 kali itu dimuat naik oleh pemilik akaun YouTube dengan nama Hizzy.

 


UNTUK LEBIH BANYAK LAGI BERITA HIBURAN, KLIK DI SINI