PELAKON Rashidi Ishak berasa tidak selesa dengan pelbagai gelaran yang diterima selepas keretakkan rumah tangganya bersama bekas isteri, Vanidah Imran.
Menurut Rashidi, antara gelaran yang diterima dari orang ramai adalah 'eligible bachelor' dan duda berhias.
"Selepas bercerai, ada segelintir pihak yang menggelar saya dengan beberapa gelaran seperti eligible bachelor dan duda berhias.
"Sejujurnya, saya tidak selesa digelar sebegitu, biarlah saya terus move on dari apa yang telah berlaku," ujar Rashidi.
Dalam pada itu, bercakap mengenai pendapat orang ramai yang mengatakan penampilannya lebih segak selepas bercerai dengan susuk tubuh yang lebih kurus, Rashidi menjelaskan dia sudah lama aktif dengan aktiviti kecergasan sejak zaman berumah tangga lagi.
"Berat badan saya turun sejak dua tahun yang lalu sejak saya aktif menyertai larian marathon dan berlari sejauh lima kilometer setiap hari.
"Jadi itulah sebab sebenar penurunan berat badan saya, bukanlah ia turun mendadak selepas saya bercerai," katanya kepada Gempak.
Rashidi berkata demikian ketika ditemui di majlis tayangan media filem lakonan terbarunya iaitu Bu yang akan menemui penonton bermula 11 April ini.
Rashidi mulai aktif di industri hiburan tanah air pada tahun 1996 dan berjaya mengekalkan popularitinya menerusi lakonan dalam filem serta drama tempatan.
Gempak
Wed Apr 03 2019
RASHIDI: 'Berat badan saya turun sejak dua tahun yang lalu sejak saya aktif menyertai larian marathon dan berlari sejauh lima kilometer setiap hari.' - Foto Astro Gempak
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Pak Lah stabil, masih perlukan rehat secukupnya
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada Rabu setelah mengalami small spontaneous pneumothorax.
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Bekas KPN tamat zaman duda
Mohamad Fuzi selamat bergelar suami kepada Noraesyah dengan sekali lafaz selepas diijabkabulkan di sebuah masjid di Seri Manjung, Manjung pada jam 11 pagi, Sabtu.
Duda didenda RM5,000 cederakan anak
Kanak-kanak berusia 10 tahun itu mengalami kecederaan fizikal di dahi, lengan kiri dan bahagian belakang badan.
Samun 'lone ranger' ... duda anak satu ke tirai besi
Tindakan berani seorang duda satu anak melakukan samun bersenjata di enam kedai serbaneka seorang diri membawa padah apabila dia dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan 12 sebatan di Ayer Keroh.
Tidak serik dengan perkahwinan, Mamat mahu kahwin lagi
Mamat tidak menolak ketentuan takdir sekiranya ada jodoh lagi.
Digelar 'duda berhias', ini komen Rashidi Ishak
Pelakon popular, Rashidi Ishak berasa tidak selesa dengan pelbagai gelaran yang diterima selepas keretakkan rumah tangganya bersama bekas isteri, Vanidah Imran.
10 perkara janda dan duda enggan ulangi jika naik pelamin lagi ...
Orang kata perkahwinan satu perjudian, dan bagi yang sudah melalui satu fasa perjudian yang merugikan pasti mahu fasa baru yang lebih baik.
Duda Idaman Malaya kini sudah berpunya
Abil Fikri meluahkan rasa syukur kerana kekosongan jiwanya selepas pemergian isteri kini terisi dengan kehadiran isteri baharu yang disifatkan seorang yang memahami.
Aktor Channing Tatum kini bergelar duda
Channing Tatum menyatakan keputusan itu dibuat secara bersama dan ia tidak akan mengubah perasaan kasih sayang antaranya dan bekas isteri.
Lelaki cedera akibat mercun
Gara-gara cuba menyalakan sumbu mercun bola, seorang duda berusia 55 tahun cedera di bahagian dada serta pergelangan tangan kirinya.