PENYANYI Elly Mazlein akui telah dilamar oleh Pengarah Urusan KRU Studios, Norman Abdul Halim untuk satu projek kerjasama dengannya pada tahun hadapan.

Bagaiamanapun, Elly Mazlein atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 35, memberitahu dia tidak dapat mengulas lanjut mengenai projek yang bakal dilakukan bersama KRU kerana ia masih terlalu awal.

"Sebenarnya saya tidak dapat mengulas lanjut lagi mengenai perkara ini kerana ia masih di peringkat awal tetapi apa yang boleh saya katakan saya telah dilamar Norman untuk satu projek khas bersama.

"Alhamdulilah projek yang kami terima ini saya anggap rezeki pembukaan tahun baru dan saya rasa sangat gembira.

"Saya harap tahun 2017 akan membawa tuah untuk saya serta dilimpahkan lagi rezeki daripadaNya," katanya ringkas kepada Astro Gempak.

Pelantun lagu Bungaku Bakawali itu diminta untuk mengulas lanjut mengenai fotonya bersama Norman yang dimuat naik di laman sosial Instagram miliknya.

Menerusi foto tersebut dia memberitahu seolah-olah seperti ada berita baik yang perlu ditunggu-tunggu.

Berikut merupakan entri yang dimuat naik:

Apakah .. Tunggu k