DISNEY dikritik selepas pegawai tinggi mengaku menukar warna kulit pelakon tambahan semasa penggambaran filem Aladdin.
Penggambaran filem ini sedang dijalankan oleh Pengarah Guy Ritchie di Long Cross studios, Surrey.
Surrey terletak kira-kira 50km dari London, yang mana terdapat 1.1 juta rakyat beretnik India, Pakistan, Bangladesh dan Arab menetap di kawasan itu.
Bagaimanapun, Disney berkata ia terpaksa menggunakan pelakon barat berkulit putih kerana watak pakar aksi, penari dan pengendali unta tidak dapat diisi bagi filem tersebut yang bakal dikeluarkan pada May 2019.
Menurut laporan Dailymail, pengarah yang dicalonkan Anugerah Akademi Filem dan Televisyen Britain (BAFTA), Riaz Meer berkata tindakan ini sebagai 'menghina seluruh industri' dan percaya pelakon Asia boleh mengisi kekosongan itu.
Bagaimanapun, Disney berkata versi Aladdin ini merupkan filem yang mempunyai watak pelbagai etnik dengan lebih 400 dari 500 watak tambahan terdiri daripada pelakon beretnik India, Timur tengah, Afrika, Mediterranean dan Asia.
Naomi Scott, pelakon Britain berketurunan India memainkan watak Jasmine manakala pelakon Kanada berkelahiran di Mesir, Mena Massoud memainkan watak utama Aladdin.
Will Smith pula memainkan watak Genie dalam filem ini.
Walaupun, Disney tidak bersetuju dengan dakwaan tersebut, salah seorang pelakon watak tambahan dalam filem itu berkata terdapat lebih ramai pelakon tambahan berkulit putih.
Kaushal Odedra, 32 tahun dilaporkan berkata dia melihat lebih 20 pelakon berkulit putih menunggu giliran mereka di khemah solekan untuk menggelapkan kulit.
Agensi
Mon Jan 08 2018
Penggambaran filem Aladdin sedang dijalankan oleh Pengarah Guy Ritchie di Long Cross studios, Surrey. - Gambar Reuters
WHO perbaharui gesaan untuk lindungi hospital Gaza
Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Ghebreyesus, memperbaharui gesaan agar memberikan perlindungan kepada semua hospital di Semenanjung Gaza.
Penumpang harap banjir cepat pulih, hanya mahu pulang
Penumpang yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, UAE mengharapkan cuaca lebih baik, banjir pulih supaya merekatidak lagi terkandas tetapi dapat menaiki pesawat dan pulang ke kampung halaman.
Ribut kencang, banjir besar badai Asia Barat
Hujan lebat yang melanda Asia Barat sejak dua hari lalu melumpuhkan bandar kewangan Dubai, menyebabkan banjir kilat di Emiriah Arab Bersatu (UAE) serta Bahrain dan mengorbankan lebih 18 nyawa di Oman.
Satu lagi konsert, Harimau Malaya pertimbang tukar venue
FAM tidak menolak akan mengetepikan Rumah Harimau Malaya, Stadium Nasional Bukit Jalil, jika gelanggang itu masih lagi terjejas untuk baki kempen kelayakan Piala Dunia 2026.
Misi Flotila ke Gaza bermula hari ini
Seramai 20 aktivis Malaysia akan menyertai Misi Flotila ke Gaza yang dijangka berlepas pada Ahad ini di mana misi ini akan bermula di Istanbul Turki pada Khamis sebagai persediaan akhir dan dijangka berlepas ke Gaza nanti.
AWANI Ringkas: Susulan letusan Gunung Berapi Ruang di Indonesia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Reformasi ekonomi: Bukan sekadar umum, rakyat perlukan penjelasan - Pakar Ekonomi
Komunikasi yang berkesan dan efektif perlu dilakukan kerajaan seiring reformasi ekonomi yang sedang dilaksanakan ketika ini. Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, pelbagai platform dan kaedah penerangan perlu dilakukan lantaran tahap kefahaman rakyat terhadap sesuatu isu adalah berbeza.
Dana Pembangkang: Kerajaan mula langkah ke arah politik matang - Pakar
Kesediaan Kerajaan Perpaduan untuk membincangkan peruntukkan kepada ahli parlimen pembangkang seharusnya membuka lembaran baharu politik matang dalam negara.
TikTok akan halang akaun kerap langgar terma daripada saranan For You
Sistem halangan kandungan ini akan berkuat kuasa 17 Mei depan.
Gema hari ketiga isu kelestarian dan kemampanan alam
Wartawan Astro AWANI membawakan lintas langsung Sidang Kemuncak Kesihatan Planet (PHAM 2024) hari ketiga di mana ia terus menumpukan kepada soal isu kelestarian dan kemampanan alam demi generasi akan datang.
Astro dilantik sebagai pengedar rasmi Disney Plus Hotstar
Peminat tegar Star Wars pastinya teruja dengan penyiaran siri eksklusif Star Wars: Mandalorian di Malaysia menerusi hasil kerjasama antara Disney Plus Hotstar dan Astro bermula 1 Jun ini.
Disney dikritik gara-gara pelakon tambahan filem Aladdin
Disney dikritik selepas pegawai tinggi mengaku menukar warna kulit watak tambahan semasa penggambaran Aladdin.
Akhirnya Disney berjaya 'temui' Aladdin dan Jasmine
Pengumuman itu dibuat oleh Presiden Walt Disney, Sean Bailey, dalam satu acara di California, pada Sabtu.
Disney 'pening' cari pelakon bawa watak Aladdin, netizen cadang Zayn Malik
Lebih 2,000 hadir ke sesi uji bakat, namun belum ada yang mampu menambat hati pengarah Guy Ritchie.