BINTANG drama Quantico, Priyanka Chopra membuat permohonan maaf secara terbuka kerana menyentuh sentimen pengganas India dalam salah satu episod drama itu.

"Saya memohon maaf atas sentimen yang dipaparkan dalam episod terbaharu Quantico.

"Saya tidak akan dan tidak pernah berniat untuk mewujudkan ketegangan ini dan saya benar-benar memohon maaf.

"Saya berbangga menjadi warganegara India dan tidak akan sesekali berubah," tulisnya di laman sosial Twitternya semalam.

Episod The Blood if Romeo yang ditayangkan pada awal Jun lalu menyaksikan Priyanka yang melakonkan watak Alex Parrish, seorang ejen FBI yang cuba menghalang seorang pengganas dari India dan secara tidak langsung mengungkit sejarah lampau dengan negara Pakistan.

BACA: Selepas teruk dikritik, ABC mohon maaf adegan pengganas Hindu dalam 'Quantico'

Kandungan episod drama itu telah mencetuskan ketengangan di media sosial dan hingga ada yang menyifatkan penerbit drama itu kurang sensitif.

Sehubungan itu, ABC Studuios dan penerbit Quantico turut membuat permohonan maaf secara terbuka.

Quantico kini memasuki musim ketiga dan difahamkan musim terakhir tayangan drama bersiri popular itu.

- Olahan oleh: Amri Hassan