Seorang duda anak dua didenda RM5,000 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret Ampang dekat sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan menunjukkan kemaluannya di hadapan rumah Datuk Siti Nurhaliza, Ahad lalu.

Menurut laporan Utusan, Amiruddin Sulaiman, 49, didakwa melakukan perbuatan itu dengan niat untuk menghina kesopanan di hadapan rumah penyanyi nombor satu negara itu di Jalan Wangsa 1/3, Bukit Antarabangsa, dekat sini kira-kira pukul 5 petang, 4 Oktober lalu.

Pertuduhan terhadap penganggur itu dikemukakan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.