PENYANYI terkenal, Ed Sheeran menafikan khabar angin bahawa dia akan menutup akaun Twitternya seperti dilaporkan oleh beberapa pihak media antarabangsa.

"Banyak dakwaan bahawa saya akan menutup akaun Twitter saya.

“Saya tidak menutup mana-mana akaun sosial saya, saya cuma tidak aktif lagi,” kata penyanyi berusia 26 tahun itu menerusi akaun Instagramnya.

Menerusi satu temu bual dalam program bual bicara Today di NBC, Ed Sheeran menjelaskan bahawa dia hanya mengambil keputusan untuk tidak aktif di Twitter kerana kewujudan pembuli siber.

“Saya tidak mahu bangun dan membaca sesuatu yang menyakitkan hati," katanya.

“Saya memilih untuk tidak berbuat demikian. Itu sahaja, tetapi, semua orang menjadikan ia sebagai satu isu besar.”