PELAKON Siti Elizad memohon agar para peminat dan kenalannya mendoakan agar pembedahannya berjalan lancar.

Elizad menerusi laman Instagramnya memberitahu dia kini berada di hospital dan bakal menjalani pembedahan untuk membuang Cyst berukuran 8cm.

“Tibalah harinya, hari yang ditunggu-tunggu. Nervous rasa macam nak lari daripada hospital.

“Nak minta korang doakan saya semuanya dipermudahkan dan selamat ya.

“Saya akan menjalani prmbedahan Cyst, 8cm dan akan bercuti bulan ini,” tulisnya pada kapsyen gambarnya di hospital.

Menurutnya lagi, dia akan kembali belerja seperti biasa pada Oktober depan selepas kesihatannya kembali pulih.

“Tiada hadiah yang paling istimewa dan hebat dari korang semua, selain doa untuk saya,” katanya.