PELAKON Emma Maembong membuat kejutan istimewa buat bapanya, Ismail Embong, 70, dengan menghadiahkan sebuah kereta mewah. Menurut pelakon Awak Suka Saya Tak ini, kejutan istimewa itu adalah bersempena dengan hari jadi bapanya.

Berkongsi detik istimewa itu di laman Instagram miliknya, Emma turut berkongsi bagaimana dia mula bekerja semenjak umur 15 tahun untuk membantu bapanya sebagai seorang pelukis.

“Dari kecik kawan-kawan mesti cerita “ ayah aku CEO”, “ayah aku kerja besar”, “ayah kau Emma cuma pelukis je. Boleh hidup ke? Kau pula tak sekolah macamana mana nak jaga ayah kau.

“Dari umur 15 dah mula berkerja untuk bantu ayoh. Belajar membaca sendiri, belajar erti hidup. Bila kita berjalan banyak benda perlu berlajar sendiri. Banyak cabaran dan dugaan tapi apa-apa pun yang jadi usaha paling penting.


“And This is for you ayoh. Thank you sebab jaga Tima dengan baik. Dari kecil sampai besar. Tima cuma nak ayoh dan mama bangga dengan Tima. Hope you like. Love you so much ayoh,” tulis Emma pada Emma.

Emma sebelum ini memang diketahui begitu rapat dengan bapanya dan sering berkongsi pelbagai aktiviti yang dilakukan bersama bapanya di laman Instagram.