Kumpulan muzik lelaki popular Korea Selatan, EXO sekali lagi mencetuskan fenomena apabila lagu mereka berjudul “Ko Ko Bop” berjaya meraih 200 juta tontonan buat kali ketiga di laman YouTube.
Lagu yang dimuat naik pada 18 Julai 2017 itu merupakan lagu utama dalam album studio keempat mereka yang berjudul “The War” yang juga berada di carta Billboard 200 di tangga ke-87.
Sebelum ini, kumpulan ini juga pernah memperoleh 200 juta tontonan dengan lagu mereka yang berjudul "Monster" dan "Call Me Baby." Malah, muzik video bagi lagu "Overdose," "Growl" dan "Wolf" juga kini mencatatkan 100 juta tontonan di platform perkongsian video berkenaan.
Album terbaharu mereka, “Love Shot” yang dikeluarkan pada Disember 2018 dan “Don’t Mess Up My Tempo” pada bulan November 2018 masing-masing berjaya menarik 69 juta dan 88 juta tontonan di YouTube.
BACA: Kenali Kasper, jejaka kacak pencipta koreografi untuk EXO
BACA: Ingin jadi Iron Man, Chanyeol (EXO) sanggup berhabis RM49,000
EXO memulakan kerjaya mereka pada April 2012 di bawah naungan syarikat lebel muzik S.M. Entertainment dengan lagu "MAMA," yang turut dihasilkan dalam Bahasa Cina.
Antara artis K-pop lain yang telah melepasi 200 juta tontonan di YouTube adalah PSY, BTS, BIGBANG, TWICE, BLACKPINK, Girls Generation, 2NE1, dan GOT7.
Afiq Ariffin
Mon Jan 28 2019
EXO merupakan salah satu kumpulan yang mempunyai ramai 'fan-based' yang mampu menarik jutaan tontonan video di YouTube.-twitter/@weareoneEXO
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
EXO berjaya raih 200 juta tontonan YouTube buat kali ketiga!
Kumpulan muzik lelaki popular Korea Selatan, EXO sekali lagi mencetuskan fenomena apabila lagu mereka berjudul -Ko Ko Bop- meraih 200 juta tontonan buat kali ketiga di laman YouTube.