Walaupun penggambaran mengambil masa hanya 17 hari, namun pengarah Faisal Ishak berpuas hati dengan kualiti "Juvana". Filem arahannya itu diilhamkan dari drama bersiri popular lebih setahun lalu.

"Juvana" memaparkan kisah Botak, Apek, Ayam, Kicap, Panjang dan Daim selepas pusat pemulihan Wira Bakti ditutup. Dipindahkan ke sekolah juvana lain, pelbagai cabaran baru yang mereka hadapi.

Positif dengan sambutan penonton, Faisal mensasarkan kutipan sekurang- kurangnya RM3 juta.

Johan As'ari yang sinonim dengan watak Botak mengakui peminat setia tidak akan kecewa dengan versi filem.

Filem ini turut dibintangi Sharnaaz Ahmad, Zahiril Adzim dan Syazwan Zulkifli. "Juvana" bakal ditayangkan di pawagam mulai 24 Januari ini.