Pelawak dan Penyampai Radio ERA fm, Johan yang begitu sinonim dengan program-program ‘reality show’ di saluran Astro Warna kali ini membuat keputusan untuk tidak menyertai Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM2014).
Mungkin ramai peminat yang kecewa kerana tahun ini tiada lagi gelagat pasangan serasi, Johan dan Zizan Razak atau Jozan dalam menyemarakkan saingan pelawak yang lain di MLM 2014.
Ketika dihubungi Astro AWANI, Johan atau nama sebenarnya Mohamad Yazid Lim Mohamad Aziz, 31, memberitahu bahawa keputusan tersebut diambil atas faktor kesihatan dan komitmennya kepada kerja dan keluarga.
“Julai lalu saya ada membuat pembedahan pada ligamen lutut dan memang doktor ada menasihatkan supaya saya tidak banyak bergerak. Alhamdulillah, saya dapat menghabiskan Super Spontan musim kali ini,” kata Johan yang baru sahaja dinobatkan juara Super Spontan 2014.
Johan turut memberitahu pada masa yang sama isterinya, Ozlyn Wati kini sedang menunggu masa melahirkan anak keempat mereka.
“Ozlyn pun sekarang hanya menunggu masa bersalin, jadi sebab itu saya ambil keputusan untuk tidak menyertai MLM tahun ini kerana mahu berehat selepas Super Spontan dan membantu isteri bersama anak yang baru lahir nanti,” jelas Johan yang telah dikurniakan tiga anak lelaki hasil perkahwinannya dengan Ozlyn.
Namun Johan menafikan timbul rasa cemburu melihat Zizan bergabung dengan Yus dan Tauke menjadi ‘Virus’ dalam MLM kali ini.
“Tak ada istilah cemburu bagi saya, tidak menyertai MLM kali ini bukan bermakna Jozan berpecah. Kalau ada show yang memerlukan Jozan, saya akan turut serta.
"Walaupun tidak menjadi peserta, saya akan tetap menjadi penonton setia dan menyokong semua rakan-rakan di pentas MLM nanti,” kata Johan.
MLM 2014 akan mula menemui peminat lawak negara November nanti dan masih mengekalkan pengacara berkalibernya, Datuk AC Mizal.
Selain kumpulan Virus, peserta lain yang menyertai MLM 2014 ialah Sepahtu, Shiro, SYJ, Nabil dan ramai lagi.
Azyyati Ahmad
Sun Oct 26 2014
Mungkin ramai peminat yang kecewa kerana tahun ini tiada lagi gelagat pasangan serasi, Johan dan Zizan Razak atau Jozan dalam menyemarakkan saingan pelawak yang lain di MLM 2014. -Gambar fail
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
10 wira negara korban helikopter terhempas selamat bersemadi
Proses pengebumian dijalankan selepas semua jenazah selesai menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada jam 2.20 petang pada Rabu.
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Ketegasan Johan ajar anak-anak mengaji tarik perhatian
Garang juga Johan ya, selalu nampak dia ceria ja.
Kos filem menelan RM10 juta, Wheely tampilkan Zizan Razak, Johan, Lisa Surihani
Penerbit Eksekutif filem Wheely, Datuk Norman Abdul Halim memberitahu, filem ini telah menelan belanja sebanyak RM10 juta untuk dihasilkan.
Timang cahaya mata kelima, Johan dan Ozlynn dedah wajah anak
Pelawak Johan Raja Lawak dan isteri, Ozlynn selamat menimang cahaya mata perempuan pada Syawal ketiga yang lalu.
Dulu Jozan, sekarang Jonaz?
Selepas saling berbalas entri di akaun Instagram masing-masing, pelakon Sharnaaz Ahmad dan Johan Raja Lawak akan membentuk kumpulan Jonaz di Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM 2016).
Bunga Citra Lestari minat MLM kerana Johan Raja Lawak
Pelakon dan penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) mengaku Johan Raja Lawak antara faktor dia berminat dengan program Maharaja Lawak Mega.
Faktor kesihatan antara sebab Johan tak sertai MLM 2014
Johan memberitahu bahawa keputusan untuk tidak menyertai MLM 2014 diambil atas faktor kesihatan dan komitmennya kepada kerja dan keluarga.
Johan Raja Lawak dan isteri terima ganti rugi RM170,100
Pembayaran itu berikutan kes saman berhubung kecederaan yang dialami pelawak itu dalam penggambaran di sekitar Negeri Sembilan pada 2010.