PELAKON dan penyanyi, Fazura memberi 'hint' seperti sedang mengidam ketika ditegur oleh seseorang kerana makan dalam kuantiti yang banyak.

Menerusi sebuah video yang dikongsi oleh akaun Instagram (IG) @divaletopsdotcom menunjukkan Fazura sedang menyapu jem di atas 'scone' tiba-tiba ditegur oleh seorang wanita bertanya mengapa pelakon itu tidak berhenti makan.

Fazura dengan selamba menjawab;

"Bukan apa, kot kot mengidam ke apa...kot kot lah I cakap," jawabnya sambil ketawa.

Fazura dan wanita berkenaan yang ketika itu bersama beberapa rakan yang lain terus teruja mendengar jawapan pelakon tersebut dan berharap ia dimakbulkan dengan berdoa "amin..."

Video itu diambil ketika Fazura berada di majlis pelancaran sebuah produk kecantikan di London yang menampilkannya sebagai duta.

Entri tersebut telah mendapat perhatian peminat Fazura yang rata-rata mendoakan agar pelakon itu benar-benar hamil dan segera menimang cahaya mata.

Fazura dan Fattah telah selamat bernikah dalam satu majlis tertutup pada 27 November 2017

Pasangan itu kini berada di London untuk menikmati percutian bulan madu mereka.

Live Updates : .Part Paling letops