Berita baik untuk peminat filem terbitan Disney!

Selepas filem aksi sebenar 'The Jungle Book', Disney bakal menyajikan satu lagi ceritanya yang paling popular, 'The Lion King'.

Ia memperlihatkan penyanyi dan pelakon, Daniel Glover yang memegang watak Simba, Beyonce sebagai Nala dan Seth Rogen sebagai si babi hutan, Pumbaa dan Billy Eichner sebagai si meerkat, Timon.

Watak bapa singa, Mufasa pula akan dimainkan oleh pelakon yang menyumbang suara untuk watak sama dalam filem animasi terbitan 1994 dahulu, iaitu James Earl Jones.

Malah, dua watak baharu akan diperkenalkan, iaitu Azizi yang akan dimainkan oleh Eric Andre serta Kamari yang bakal dijayakan Keegan-Michael Key.

Menambah keterujaan peminat, pengarah filem tersebut, Jon Favreau memuat naik gambar teraju utama filem tersebut di Twitternya.


Filem 'live action' the Lion King ini akan menggegar pawagam pada 19 Julai 2019.