DARI Padmavati kepada Padmaavat. Filem Bollywood kontroversi ini akhirnya mendapat tarikh tayangan di beberapa tempat di India.

Pengeluar filem, Viacom18 Motion Pictures mengumumkan tarikh tayangan Padmavaat 25 Januari 2018.

Sebelum ini ia dijadual ditayangkan di pawagam pada 1 Disember 2017 tetapi ditangguhkan kerana berlaku protes di beberapa negeri disebabkan jalan ceritanya mengenai percintaan dua individu berlainan agama.

Filem arahan Sanjay Leela Bhansali yang sebelum ini dikenali sebagai Padmavati, akan ditayangkan dengan nama baru seperti dicadangkan lembaga penapis.

Padmavaat akan ditayangkan dalam tiga bahasa, Hindi, Tamil dan Telugu. Bagaimanapun, ia masih dilarang tayangannya di Rajasthan dan Gujarat.

Menurut Viacom18 Motion Pictures menerusi tweetnya, Padmaavat merupakan filem India pertama yang akan ditayangkan dalam teknologi IMAX 3D.

Padmavaat mendapat kelulusan dari CBFC dengan sijil tayangan U/A selepas melakukan lima pengubahsuaian seperti yang dicadangkan lembaga tersebut.

Filem lakonan bintang-bintang terkenal Bollywood Deepika Padukone, Shahid Kapoor dan Ranveer Singh ini menimbulkan kontroversi kerana didakwa menyeleweng daripada fakta sejarah oleh kumpulan konservatif.

Bagaimanpun, dakwaan ini dinafikan Sanjay.