Tutup

Filem Filipina 'Hello, Love, Goodbye' kini di pawagam

Filem Filipina 'Hello, Love, Goodbye' kini di pawagam
Filem itu dibintangi dua pelakon hebat Filipina, Kathryn Bernardo sebagai Joy dan Alden Richards sebagai Ethan.
FILEM hebat Filipina, 'Hello, Love, Goodbye', terbitan ABS-CBN Films kini ditayangkan di pawagam Malaysia.

Filem yang mengisahkan pengalaman rakyat dua negara, Malaysia dan Filipina, menyentuh tentang pengorbanan masing-masing demi keluarga.

Diarahkan Cathy Garcia-Molina, filem 'Hello, Love, Goodbye' kini antara filem Filipina paling menguntungkan tahun ini.

Filem itu dibintangi dua pelakon hebat Filipina, Kathryn Bernardo sebagai Joy dan Alden Richards sebagai Ethan.
Bernardo merupakan antara pelakon wanita paling cantik dan berbakat di Filipina yang membintangi pelbagai filem dan siri televisyen terkenal manakala Richards, artis berbakat yang meraih kejayaan luar biasa dalam filem, televisyen dan media sosial Filipina.

Filem berkenaan ditayangkan di TGV KLCC, TGC Jaya, TGV 1st Avenue, MMC eCurve, MMC JB City Square, Growball dan LFS Sandakan.
-- BERNAMA