'I'm Not A Terrorist" - Filem terbaharu bakal ditayangkan di pawagam bagi menjelaskan bahawa agama Islam bukanlah agama yang berkaitan dengan keganasan, sebaliknya menekankan pentingnya keamanan.

Filem terbitan White Merpati Entertainment itu menjalani penggambaran selama 46 hari di Kuala Lumpur dan Kashmir membabitkan kos RM5.2 juta yang bakal ditayangkan di pawagam utama di seluruh negara bermula 5 Okt ini.

Pengarah filemnya, Arjin Upal berkata pelakon filem berkenaan ialah Afiq Muiz, Chacha Maembong, Khir Mohd Nor dan penampilan istimewa Datuk Jalaluddin Hassan serta bintang fiem Bollyword Gulshan Grover, Rahul Dev dan Farida Jalal.

"Walaupun berlaku tohmahan mengatakan Islam itu ganas namun melalui filem ini kita nak 'cleaning out' (membersihkan) tentang agama Islam," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Pelakon utama filem terbabit, Afiq Muiz berkata filem itu adalah bagi menegakkan ajaran agama Islam yang sebenar dan bukannya agama yang menyokong keganasan.

Pelakon Bollywood, Gulshan Grover berkata, ini kali pertama dia menjayakan filem yang menggabungkan para pelakon dari Malaysia dan India dan memainkan watak 'pengganas'.

"To play bad guy you really need to be good actor because your screen time is less, you have to create that magic, create that fear, hopefully when all of you watching this film, you can realize that is an acting i am doing," he said.

--BERNAMA