Selepas berjaya membangkitkan rasa tidak sabar peminat menerusi klip trailer yang dilancarkan sebelum ini, Interchange melancarkan dua trailer rasmi filem berkenaan pada Jumaat.

Dua trailer tersebut adalah versi tempatan dan antarabangsa.

Namun untuk trailer versi Malaysia, tarikh tayangan disertakan di penghujung trailer.

Filem bergenre mistik dan fantasi ini bakal menemui penonton di Malaysia pada 1 Disember depan.

Filem itu kini sedang mengembara ke seluruh dunia di sirkit festival filem antarabangsa

BACA: Interchange: Mengembara buat Nicholas Saputra kenali Belian

GALERI FOTO: Di sebalik tabir pembikinan filem "Interchange"

Mendapat sentuhan pengarah, Dain Said, Interchange dibintangi bintang terkemuka Malaysia dan Indonesia antaranya Shaheizy Sam, Nicholas Saputra, Iedil Putra, Prisia Nasution dan Nadiya Nisaa.

Ia bakal membawa penonton melihat sisi kehidupan seorang jurufoto forensik, Adam (Iedil) yang terjebak dalam dunia mistik, ketika membantu rakannya yang juga seorang detektif, menyiasat beberapa siri pembunuhan kejam.

Filem itu bakal ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Vladivostok, Festival Filem Antarabangsa Toronto, Festival Filem London dan Festival Filem Antarabangsa Singapura.

Mendapat sentuhan pengarah Dain Said, Interchange menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur.

Video: YouTube Interchange Film