Filem termahal China alami kerugian epik

Filem termahal China alami kerugian epik
Filem fantasi Asura terbitan syarikat Alibaba Pictures yang penuh dengan kesan khas, disasarkan sebagai bahagian pertama trilogi epik yang diilhamkan daripada mitos Buddha Tibet. -Foto Sinar Harian
BEIJING: Filem termahal China yang menelan belanja AS$113 juta (RM458 juta) gagal pecah panggung dengan hanya mampu mengutip AS$7.3 juta (RM29 juta).

Filem fantasi ‘Asura’ terbitan syarikat Alibaba Pictures yang penuh dengan kesan khas, disasarkan sebagai bahagian pertama trilogi epik yang diilhamkan daripada mitos Buddha Tibet.
Ia merupakan sebahagian usaha pihak berkuasa China untuk mempromosi hasil kerja yang memuatkan elemen-elemen budaya tradisional Cina.

Kebanyakan filem hebat China setakat ini dihasilkan dengan separuh bajet yang dibelanjakan Asura.

Anggaran kerugian bernilai AS$106 juta (RM430 juta) menjadikannya filem kelima paling rugi dalam sejarah filem dunia didahului ‘Sinbad: Legend of the Seven Seas’ yang mengalami kerugian terbesar berjumlah AS$125 juta (RM507 juta), menurut laman Box Office Mojo. - AFP