Sekeping gambar pelakon Hollywood, Angelina Jolie yang kononnya berada di Sabah, disahkan sebagai palsu.

Foto yang tersebar di aplikasi WhatsApp dengan kapsyen "Angelina Jolie somewhere at Kota Marudu … confirmed by a friend at Astro Awani" itu juga mula rancak dimuat naik dan turut dikongsikan pengguna Facebook.

Pihak Astro AWANI bagaimanapun tidak pernah membuat sebarang pengesahan tentang kehadiran Jolie ke negeri itu.

Gambar berkenaan sebenarnya diambil ketika aktres berusia 40 tahun itu berkunjung ke Myanmar, Julai lalu.

FB Angelina Jolie
Status yang dimuat naik di sebuah laman Facebook.

Menerusi satu muat naik di sebuah akaun Facebook, Jolie didakwa berada di Kota Marudu, Sabah dan kemudian dijangka melawat beberapa tempat di Sarawak.

Jolie, pada Julai, membuat beberapa siri lawatan kemanusiaan ke beberapa buah negara Asia Tenggara, selain turut bertemu dengan pemenang anugerah Nobel, Aung San Suu Kyi.