PELAKON Tasha Shilla yang dikaitkan dengan foto separuh bogel baru-baru ini mengaku telah membuat laporan polis mengenai isu tersebut.

Pengakuan tersebut dilakukan Tasha kepada Astro Gempak ketika dihubungi menerusi aplikasi ‘WhatsApp’ pada Rabu.

Bagaimanapun, Tasha atau nama sebenar Natasha Sheila Abdul Razak, 28, tidak memberikan ulasan lanjut mengenai perkara tersebut selain menjawab, “betul” (buat laporan).

Terdahulu, menerusi kolum Murai Batu di Portal Murai, seorang peminat mendakwa terserempak dengan Tasha dan ahli keluarganya bersama peguam di sebuah balai polis, membuat laporan.

Peminat itu turut mendakwa Tasha merancang untuk mengenakan tindakan terhadap individu yang telah menyebarkan foto tidak senonoh yang telah diedit tersebut.

Dakwaan tersebut ditinggalkan peminat tersebut di akaun Instagram (IG) Tasha pada Sabtu lepas.


*Komen yang ditulis pengikut IG Tasha Shila baru-baru ini yang mendakwa pelakon itu sudah membuat laporan polis*

Sebelum ini, penyanyi Ella dan kakaknya Jojie turut menasihati Tasha supaya membuat laporan polis mengenai fotonya yang telah disebarkan pihak tidak bertanggungjawab itu atas alasan keselamatan.