PELAKON Kevin Spacey akan didakwa dengan pertuduhan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan gangguan seksual.

Tuduhan itu berpunca daripada insiden yang berlaku yang melibatkan seorang remaja lelaki 18 tahun di sebuah restoran Nantucket, Massachusetts pada 2016 menurut pendakwa di Cape & Islands pada Isnin.

Spacey akan didakwa pada 7 Januari depan.

Bagaikan satu kebetulan, Spacey turut memuat naik satu video yang bertajuk "Let Me Be Frank" di YouTube.


Dalam video tersebut, Spacey beraksi dengan pesona wataknya Frank Underwood dalam siri House of Cards mengatakan "Saya tahu apa yang anda mahukan."

Namun begitu, video berdurasi 3 minit itu tidak merujuk secara jelas pada pertuduhan di Massachusetts atau beberapa pertuduhan seumpamanya sebelum ini.

BACA: Dakwaan seksual Kevin Spacey: Apa yang kita tahu setakat ini

Pada Oktober 2017, Spacey memohon maaf kepada pelakon Anthony Rapp yang mendakwa Spacey pernah cuba untuk 'memancing seks' daripadanya dalam satu insiden pada tahun 1986.

Ketika kejadian itu, Rapp berusia 46 tahun.

Siri dakwaan salah laku seksual ini telah menyebabkan Spacey, yang merupakan pelakon lelaki terbaik Anugerah Akademi pada tahun 2000, digugurkan daripada musim terakhir siri House of Cards pada November 2017.