HARI ini usianya genap 22 tahun, namun dalam usia semuda itu, bintang pop terkenal, Justin Bieber, dianggarkan punya nilai AS$200 juta (RM838 juta).
Menurut laporan Celebrity Net Worth, pendapatan Bieber dalam setahun adalah sekitar AS$60 juta (RM251 juta) hingga AS$80 juta (RM335 juta).
Perolehan daripada jualan empat albumnya mencecah AS$16 juta (RM67 juta), AS$98 juta (RM410 juta) daripada tiga siri konsert jelajah, AS$6 juta (RM25 juta) bayaran sebagai duta dan jurucakap beberapa produk, dan AS$98 juta (RM410 juta) hasil kutipan filem Never Say Never.
Berasal dari Ontario, Kanada, Bieber dibesarkan oleh ibunya yang (ketika itu) merupakan ibu tunggal, dalam sebuah keluarga yang berpendapatan rendah. Bakat Bieber dikesan pada usia 13 tahun oleh rakan kongsi bintang R&B, Usher, iaitu Scooter Braun.
Selain menyanyi, Bieber juga seorang komposer dan berkebolehan bermain beberapa alat muzik seperti drum, piano, gitar dan trompet.
Madiha Abdullah
Tue Mar 01 2016
Pendapatan Bieber dalam setahun adalah sekitar AS$60 juta (RM251 juta) hingga AS$80 juta (RM335 juta).
Amalan pemakanan tidak sihat, kurang aktiviti fizikal punca utama obesiti - Dr Dzulkefly
Amalan pemakanan yang tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal merupakan komponen utama yang menyumbang kepada masalah obesiti, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Tingkat jumlah pelajar antarabangsa: KPT rangka langkah permudah prosedur imigresen
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang merangka langkah untuk mempermudahkan prosedur imigresen dalam usaha meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa ke Malaysia.
Malaysia manfaatkan sepenuhnya FTA, jana FOB bernilai RM41.03 bilion pada suku pertama 2024 - MITI
Malaysia memanfaatkan sepenuhnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai dengan ekonomi luar dan berjaya menjana percuma atas kapal (FOB) sebanyak RM41.03 bilion pada suku pertama tahun ini.
Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.
Raja Salman jalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Jeddah
Pemeriksaan itu yang diadakan pada Rabu (24 April), dijangka berlangsung beberapa jam.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri dan mangsa tersepit berjaya dibawa keluar dari kereta pada jam 4.11 petang.
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
Genap 22 tahun, nama Justin Bieber dianggar bernilai RM838 juta
Dibesarkan oleh seorang ibu tunggal dalam keluarga berpendapatan rendah, Bieber menggunakan bakatnya untuk membina kehidupan yang lebih baik.