18 tahun bergelar penyanyi akhirnya impian Datuk Siti Nurhaliza untuk mengadakan konsert tradisional tercapai.

Bukan sekadar menyanyi beliau juga bakal mempersembahkan tarian mak yong, dikir barat dan joget.

Siti sedang giat memperkemaskan langkah tari mak yong yang mendapat tunjuk ajar di bawah penggiat tari mak yong terkenal, Rosnan Rahman.

Persembahan selama dua jam itu bakal diiringi 40 pemuzik Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) yang memainkan pelbagai instrumen seperti Rebab, Serunai, Gambus, Sape, Erhu dan Sitar.

Konsert Lentera Timur bakal dipentaskan pada 20 hingga 22 September di Istana Budaya dengan harga tiket serendah RM78.