Kumpulan rock legenda Guns N' Roses mengumumkan venue terbaharu konsert reunion untuk tahun 2017, iaitu Jepun dan Australia.

Menurut kenyataan kumpulan itu pada Selasa, mereka akan mengadakan tiga persembahan di Jepun pada bulan Januari, satu di Osaka dan dua di Saitama Arena di Tokyo, disusuli dengan lima persembahan di Australia.

Guns N' Roses yang masih memegang rekod album sulung paling laris menerusi "Appetite for Destruction" yang dikeluarkan pada 1987, bersatu semula pada bulan April lalu dengan penampilan penyanyi Axl Rose dan pemain gitar Slash.

Kali terakhir kedua-dua bergabung adalah pada tahun 1993.

Kumpulan itu kini dalam rangka jelajah Amerika Utara sebelum ke negara-negara Amerika Selatan.