Tutup

GV2019: Naqiu masih juara mingguan, Ameer Sofazr tersingkir minggu ketiga

GV2019: Naqiu masih juara mingguan, Ameer Sofazr tersingkir minggu ketiga
Konsert minggu ketiga Gegar Vaganza 2019 (GV2019) menyaksikan Naqiu Boboy berjaya mengungguli kedudukan pertama dan Ameer Sofazr menjadi bintang kedua tersingkir selepas Mazleela.
KONSERT minggu ketiga Gegar Vaganza 2019 (GV2019) menyaksikan Naqiu Boboy berjaya mengungguli kedudukan pertama dan Ameer Sofazr menjadi bintang kedua tersingkir selepas Mazleela.

Bertemakan "Yang Aneh Aneh", 12 bintang GV2019 menyampaikan lagu yang tak pernah, tak boleh dan tak mungkin dinyanyikan mereka dengan penuh bergaya.

Naqiu memberikan saingan sengit buat semua bintang yang bertanding menerusi penyampaian luar biasa lagu #123 (Khai Bahar).

Namun, nasib tidak menyebelahi Ameer yang menyanyikan lagu Samrah Mentari (Datuk Jamal Abdillah) dengan cara tersendiri.
Konsert minggu ketiga juga menyaksikan Nurfatima yang mempersembahkan lagu Hati Kama dipilih sebagai penerima Artis Cili Padi Paling Power.

Anugerah tersebut diberikan kepada bintang paling menyerlah dan persembahan terbaik daripada juri.
Pemenang menerima hadiah istimewa daripada menerima RM3,000 dan bekalan produk Adabi bernilai RM500.

Selain juara mingguan, Naqiu turut diumumkan sebagai Bintang Cuckoo Paling Gempak dan memenangi Penapis Air Luar Rumah bernilai RM2,400.

Manakala, penyanyi veteran Zaiton Sameon diundang sebagai penerima sumbangan Farm Fresh Kongsi Rezeki bernilai RM10,000.

Yang pasti kesemua bintang GV2019 memberikan saingan sengit membuatkan juri tetap Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta juri jemputan, Datuk Rizalman Ibrahim sukar untuk menentukan siapa yang layak berada di kedudukan pertama.

Di bawah merupakan kedudukan peserta berdasarkan format pemarkahan 100% oleh juri profesional dan komen-komen yang telah diberikan:


1.Naqiu Boboy - #123 (82%)

Ramli MS: semua lagu macam nasi ayam hang buat! Kamu punya intelektual sangat luas. Grafik emosi cantik. Kamu pandai berlakon juga, sangat bagus. Visual anda ketara.

Hetty Koes Endang: Semangat berjuang dan bertanding sangat kelihatan. Malam ini saya gembira... sukses! Jangan cepat puas.

Rizalman: Anda dianugerahkan Allah apabila menyanyi segala pergerakan keluar. Semua deria berjalan satu masa.



2.Jatt - Awallah Dondang (80%)

Rizalman: Props dan set tak mengganggu persembahan. Saya kagum bila diberi bukan genre anda, tapi anda boleh mempersembahkannya dengan baik. Anda miliki vokal yang mantap dan boleh nyanyi pelbagai genre. Nak lebih lancar perlu belajar tarian.

Hetty Koes Endang: Penampilan ketiga-tiga minggu berbeza. Sebagai peserta perlu boleh bawa pelbagai genre. Syabas!



3.Wann - Asmaradana (74%)

Rizalman: Wann adalah Wann. Aura anda tetap ada walau apa juga lagu. Saya terhibur!

Ramli MS: Dia menyanyi sepenuh hati. Lagu ni mistik, tapi saya halalkan.



4.Nurfatima - Hati Kama (73%)

Hetty Koes Endang: Sebagai seorang penyanyi anda patut kenal panggung. Tempo, gerakan dan muzik tak kena. Anda sepatutnya kawal pernafasan apabila menyanyikan lagu duet. Kasi power sedikit. Gunakan kesempatan semaksima mungkin!

Rizalman: Saya berkenan dengan kostum. Ini merupakan pakaian Melayu yang dimodenkan. Anda menyerlah, warna pun cantik!



5.Hady Mirza - Ibu Kota Cinta (72%)

Ramli MS: Untuk penyanyi pop, anda menyanyi lagu rock dengan sangat bagus. Tak salah pilih anda antara juara minggu lepas.


6.One Nation Emcees - Gelora (70%)

Ramli: Adillah! Mereka rapper dan setiap ahli kerja 25-25-25-25. Tak ada jadi props! Lagu tak boleh nyanyi rendah, ada jiwa. Tak boleh dibandingkan. Percubaan & idea bagus!


7.Roy - Gila Judi (69%)

Rizalman: Kita sudah ada Datuk M Daud Kilau versi baru. Walau Roy menyanyi lagu M Daud Kilau, hanya kostum yang mengimbau tentang penyanyi itu. Gaya anda gentleman.


8.Noorshila Amin - Pelesit Kota (65%)

Hetty Koes Endang: Ini satu pengorbanan untuk nyanyi lagu rock. Kamu sudah total walau ada sedikit saja kurang. Boleh ikut gaya main gitar. Secara keseluruhan saya suka.


9.Kool - Lagu Zaman (59%)

Hetty Koes Endang: Artikulasi Hairie bagus. Namun, ketika bahagian duet perlu harmoni kerana kedengaran kurang yakin suaranya. Kedua-duanya perlu bertatapan.


10.Feeza - Temberang (59%)

Ramli MS: Vokal lambat masuk. Sebutan 'menggelenyar' kurang. Bila dapat lagu dangdut kena ada attitude.


11.Sham Visa - Sayang Sayang (58%)

Rizalman: Minggu lepas Tok Ram suruh keraskan pergerakan tapi apabila berdepan Sham, nasib baik gaya anda kena mengena dengan lagu dan genre. Cuma kurang interaksi dengan Dewi Remaja.


12.Ameer Sofazr - Samrah Mentari (54%)

Ramli MS: Dari mula sampai habis tuning tak sama. 10% je ok. 

Hetty Koes Endang: Suara rendah anda terlalu tekan sampai maksud lagu tak sampai. Apabila tinggi terlalu banyak flat dan sharp. Tapi saya suka showmanship anda.


GV2019 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).